Thursday, November 27, 2008

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

    Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorangabid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,
"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku
dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas
titian Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah
solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud
dengan tawadhuk,aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan
ikhlas.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang
baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Hikmah di sebalik Musibah

Musibah mampu mengeluarkan nilai-nilai ubudiyah doa yang selama ini terpendam.Dikatakan:"Maha Suci Zat yang sudah mengeluarkan doa dengan musibah."Dalam athar ada disebut ertinya " Allah menurunkan ujian kepada seorg hamba yang soleh dari hamba-hambaNya.Dan kepada para malaikat Dia berkata :"Supaya Aku mendengar suaranya."

Faedah yang lain,dibinasakan kesombongan dan keangkuhan jiwa.Allah swt berfirman,ertinya:

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas(yang sepatut atau yang sewajibnya).Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya."
(Surah Al-'Alaq:6-7)

Musibah juga mengugah cinta kasih sesama manusia,semakin menyatukan rasa cinta kepada sesama manusia, dan saling mendoakan kepada yang sedang ditimpa.Sudah menjadi lumrah seseorang itu terpanggil untuk bertanggungjawab dan mencintai orang yang sedang ditimpa musibah dan mendapat ujian.

Musibah juga merupakan suatu penghapusan dosa yang akhirnya membawa kesedaran kepada seseorang hamba Allah tersebut dengan mendekatkan diri kepada Allah...Sesungguhnya ketahuilah bahawa Allah Maha Penyayang dan sesuatu ujian yang diberi kepada setiap hambaNya merupakan suatu hikmah yang besar yang hanya dapat dinilai oleh hambaNya yang beriman....Jika seseorang hamba Allah itu mengetahui bahawa sesuatu perkara yang berlaku merupakan ujian maka mereka akan menerimanya dengan tenang..insyaAllah...

"sesungguhnya org2 yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
(surah Az-Zumar:10)

Saturday, November 22, 2008

Mintalah Pada Allah...


Kebaikan Allah sangat dekat dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa.Kitalah yg sering leka.Sebenarnya,secara naluri,kita sangat memerlukan untuk selalu meminta dan berdoa kepadaNya,tidak boleh bosan dan tidak boleh jemu.Jangan sampai kita berkata:" Saya sudah berdoa ,tetapi Allah tidak mengabulkan." Tetapi kita mesti merapatkan wajah kita ke tanah,sambil berseru: ya Zal Jalali Wal ikram." Kemudian kita mulai menyebut nama2 Allah yang indah itu dan sifat2 Nya yang mulia,hingga Allah mengabulkan permintaan kita atau memilihkan yang terbaik bagi kita.
"Berdoalah kepada Tuhanmu dgn merendah diri dan suara yang lembut."
(Surah Al-A'raf:55)

Salah seorang pendakwah menyebut dalam berbagai-bagai tulisannya bahawa ada seorang Islam bersama keluarganya pergi ke satu negara untuk meminta suaka.Dia meminta supaya dia diberi kewarganegaraan.Ternyata semua pintu tertutup baginya.Dia berusaha dengan segala upayanya untuk mencari jalan,namun semua usahanya buntu dan semua jln tertutup.Kemudian dia bertemu seorg alim dan warak,dan diceritakanlah keadaan yang sedang dialaminya itu.Orang alim dan waraktadi berkata:" Anda perlu bangun pada sepertiga terakhir waktu malam.Kemudian berdoalah kepada Tuhan.Sebab yg memberi kemudahan itu hanyalah Allah."
Ini sesuai dengan hadis Baginda Rasul:" Jika engkau meminta maka mintalah kpd Allah,jika engkau minta bantuan maka mintalah bantuan kpd Allah.Ketahuilah bahawa jika semua manusia berkumpul untuk memberi manfaat kpd mu dgn sesuatu mrka tidak akan mampu memberi manfaat kpdamu dgn sesuatu kecuali yg sudah Allah tetapkan untukmu."

Kata org islam itu:" Benar.Saya tidak lagi pergi ke mana- mana meminta bantuan org lain slepas itu.Tiap- tiap malam,pada sepertiga terakhir,saya selalu sembahyang sebagaimana dianjurkan oleh org alim tadi.Pada pagi harinya,saya menyeru kpd Allah dan berdoa kepadaNYa.Beberapa hari berikutnya,saya buat surat permohonan biasa untuk meinta kewarganegaraan,dan tanpa menggunakan perantaraan siapapun saya kirimkan surat itu.Hanya dalam beberapa hari kemudian saya terperanjat sekali di rumah,kerana saya dipanggil untuk mendapat kewarganegaraan.Keadaan saya ketika itu betul2 terperanjat."

"INGATLAH ALLAH KELAK ALLAH PASTI MENGINGATIMU"

Sunday, November 16, 2008

Ciri-Ciri Isteri Solehah

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menja
ga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.




selamat pengantin baru buat sahabat

assalamualaikum...
16 november 2008 bersamaan 18 Zulkaedah 1429....

alhamdulillah ari ni ana start bercuti...walaupun bercuti banyak juga aktivitinya..:)
ana baru jer balik dari kenduri sahabat baik ana..alhamdulillah beliau sudah selamat diijabkabulkan..tahniah ana ucapkan buat sahabat ana semoga kekal bahagia dunia akhirat..insyaAllah...ameen...
esok aktiviti yang pertama ana mungkin tiada di rumah coz 'outstation' ..mungkin
2 atau 3 hari ana berada di sana dan pulang ke sini 20/21 hb...slps tuh ana akan mghadiri
kenduri shbt ana juga yang bakal dilgsungkan pada 22hb...buat kedua-dua sahabat ana ni ana ucapkan,

"selamat Pengantin Baru"
"jadilah isteri yang solehah buat suami yang soleh"
"semoga berbahagia dunia dan akhirat,insyaAllah..."
pupuklah ikatan suci ini dengan benih-benih keimanan"
bajailah ia dengan siraman taqwa"
"Suburkanlah ia dengan pepohon keislaman"
"taburilah ia dengan mawaddah wa rahmah"






Saturday, November 1, 2008

LAMBAIAN KAABAH

(لبيك اللّهم لبيك)

"Labbaik ya Allah labbaik, tidak ada sekutu bagi-Mu, labbaik, sesungguhnya seluruh pujian dan kenikmatan hanyalah untuk-Mu, begitu pula dengan kerajaan, tidak ada sekutu bagi-Mu" HR. Muslim.

Hari ini 1 November 2008 bersamaan 3 Zulkaedah 1429H...merupakan bulan untuk bakal2 haji memperlengkap diri melaksanakan ibadahnya di makatulmukarramah...Buat bakal-bakal haji ana ucapkan selamat menunaikan ibadah haji dengan penuh rasa kehambaan pada NYA dan semoga memperolehi haji yang mabrur...ameen...