Saturday, October 24, 2009

CINTA ALLAH VS CINTA MANUSIA


pandangan ku lontarkan jauh nun di sana,

merenung kembali perjalanan hidup,

ranjau dan onak yang telah dilalui,

semua berputar sekali lagi dlm mindaku…

Ya Allah… jauhnya aku padaMU,

dalam mengejar cinta seorang bernama insan,

aku kecewakan dan abaikan engkau,

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,

aku sering terleka dan lalai,

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,

aku sering tersasar meletakkan kasih itu,

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,

aku sering mengabaikan ‘cinta’ ilahi Rabbi,

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,

aku sering mengabaikan kewajipanku pada ilahi,

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,

aku sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa,

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,

aku sering berkata ‘ala, dosa kecil jer… ’

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,

aku tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku,

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,

aku buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas,

dalam mencari cinta hakiki seorang insan,

aku sering disakiti, dikecewakan dan ditinggalkan…

hatiku milik siapa???

adakah hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?

adakah hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?

adakah hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?

adakah hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?

adakah hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada ilahi?

adakah hatiku milik insan yang tiada KALAM ilahi dalam hatinya?

adakah hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?

adakah hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?

inikah yang aku mahu letakkan hatiku padanya???….

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…

baru aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,

baru aku sedari yang hatiku terlalu kotor,

baru aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,

baru aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,

baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,

baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi…

Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif…

ada padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju nurMU

ada padaMU sifat berdiri dengan sendiri… maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi agar ku bisa berdiri dengan kekuatanMU,

ada padaMU sifat lembut… maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU…

Ya Allah, Ya Rabbi,

jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,

campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,

moga dapat aku berikan sedikit,

cahaya itu buat mereka yang kegelapan,

semoga segala yang ku lakukan hanya untukMU,

hanya untuk merebut kasihMU yang Agung,

hanya untuk mencapai redhaMU,

di dunia dan akhirat….

Ameennn Ya Rabbal ‘Alamin….

Wednesday, September 30, 2009

Taqarrub


1. SOLAT
Dirikanlah solat tepat pada waktu, selalu berdoa dan berdzikir kepadaNya. Dengan solat, berdoa dan dzikir kepada Allah, Inya Allah hati menjadi tenang, damai dan makin dekat denganNya.
2. SOLAT TAHAJJUD
Dengan solat tahajud, dengan izin Allah, ia akan cenderung mendapatkan ketenangan. Pada tengah kesunyian malam akan dirasakan suasana hening dan tenang, yang semua itu hanya dapat terjadi atas izinNya. Pada malam hari, manusia tidak lagi disibukkan dengan urusan pekerjaan ataupun urusan-urusan duniawi lainnya sehingga dapat lebih khusyu’ ketika menghadap kepadaNya.
3. MENGINGAT KEMATIAN
Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Dan dapat secepat kilat menjemput kita.
4. MEMBAYANGKAN TIDUR DI DALAM KUBUR
Membayangkan tidur dalam kubur yang sempit, gelap dan sunyi saat kita mati nanti. Semoga amal ibadah kita selama di dunia ini dapat menemani kita di alam kubur nanti.
5. MEMBAYANGKAN KEDAHSYATAN SIKSA NERAKA
Azab Allah sangat pedih bagi yang tidak menjauhi laranganNya dan tidak mengikuti perintahNya.
6. MEMBAYANGKAN SYURGA
Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara, sangat singkat dibanding dengan kenikmatan di akhirat yang tidak dibatasi waktu.
7. BERGAUL DENGAN ORANG-ORANG SOLEH
Bahawa tingkat keimanan kita boleh turun atau naik, untuk itu perlu dijaga agar tingkat keimanan kita tetap tinggi. Oleh itu hendaklah kita mendampingi orang-orang alim dan soleh supaya kita sentiasa terdorong berbuat kebaikan.
8. MEMBACA AL QUR'AN DAN MAKNANYA
Insya Allah dengan membaca Al Qur'an dan maknanya, akan menjadikan kita makin dekat denganNya.
9. MENAMBAH PENGETAHUAN KEISLAMAN
Pelbagai cara menambah ilmu antara lain dengan membaca buku, berdiskusi, mendengar kuliah yang bermanfaat, melayari internet tentang pengetahuan Islam, melihat video Islami yang dapat meningkatkan keimanan kita dan sebagainya.
10. MERASAKAN KEBESARAN ALLAH SWT
Merasakan kekerdilan diri dan kehebatan Allah atas semua ciptaanNya seperti alam semesta yang tidak diketahui luasnya beserta semua isinya.
11. MERENUNG SEMUA KEJADIAN ALAM YANG TERJADI
Semua itu mungkin berupa ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu ingat dan mengikuti perintahNya. Bukan makin tersesat ke perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang olehNya.
12. MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT
Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah. Begitu banyak nikmat yang diberikan olehNya. Saat ini kita masih boleh bernafas, masih boleh makan, minum, berkeluarga, mempunyai apa yang kita miliki saat ini, masih mempunyai pancaindera dan masih bernafas, diberi kesempatan hidup. Masih patutkah kita tidak bersyukur dan tidak berterima kasih kepadaNya.

Monday, August 24, 2009

Nikmat Kasih Sayang MU...YA ALLAH...

salam...alhamdulillah dah masuk hari ke3 umat islam berpuasa...:) alhamdulillah syukur kpd Allah jua atas nikmat keshatan yang diberi olehNYa dan kita masih lagi berada di bulan ramadhan kali ini..
hmm..pg ni terdgr sebuah lagu nyanyian saff one yg cukup menyentuh hati...ana cuma ingin kongsi nasyid nyayian saff one ni...cuba ikuti dan hayati lagu ni... :)



Di antara kudrat Tuhan Dia mencipta manusia
sbg khalifah mentadbir bumi ini
juga sbg hamba nan berbakti dan berbudi
ingatlah Tuhan Yang Maha Kuasa

ombak yang menderu dedaun berterbangan
kekadg mengkhayalkan diriku
terlupa aku pada Pencipta Yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana...di mana ku berada...
Di mana..dimanakah diriku...

adakah di jalan lurus atau adakah di jalan yang berliku...
oh Tuhanku tunjukakn jalan kebenaran..
kutahu jalan bahgia penuh onak dan cabaran..
oh Tuhan beri kekuatan padaku..

di mana...dimanakah diriku..
dimna...di mana ku berada...

demi mendapat keredhaan dr MU
sanggupku tempuhi ranjau yg berliku...
dgn rahmatMU Ya Tuhan..
selamatkanlah diriku..
dr seksaan api nerakaMU

adakah di jalan lurus atau adakah di jalan yang berliku...
oh Tuhanku tunjukakn jalan kebenaran..
kutahu jalan bahgia penuh onak jua cabaran..
oh Tuhan beri kekuatan padaku..

Di mana...di mana ku berada...
Di mana..dimanakah diriku...

Di antara kudrat Tuhan Dia mencipta manusia
sbg khalifah mentadbir bumi ini
juga sbg hamba nan berbakti dan berbudi
ingatlah Tuhan Yang Maha Kuasa

:(

Friday, July 17, 2009

Amal Jamaie

assalamualaikum wbt..alhamdulillah syukur di panjatkan ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberi olehNya untuk ana kembali semula ke sini....semoga sentiasa dalam rahmatNYa insyaAllah..
Di kesempatan ini,suka ana kongsi para pembaca di sini mengenai tajuk usrah ana pada hari ni...
ditugaskan pada ana untuk membentangkan tajuk ini pada usrah kali ini dengan muslimat kawasan ana...:) 'apakah amal jamaie menurut al-quran dan sunnah"


MUQADIMAH

Amal Jamaie adalah di antara ciri utama Harakah Islamiyyah. Malahan, tanpanya akan hilanglah kepaduan dan keseragaman di dalam tindakan harakah. Ia mempunyai cirri-ciri tertentu yang membezakan dengan sebarang aktiviti berkumpulan dan ianya hanya akan dapat dilakukan di dalam konteks sebuah jamaah.

Perlu diberi penekanan bahawa amal jamaie adalah satu tuntutan syari’e khususnya dalam gerakan da’wah dan perjuangan Islam seluruhnya. Firman Allah swt:

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan” (Surah Ali Imran : 104)

HUKUM AMAL JAMAIE’

Tuntutan terhadap amal jamaie tidak seharusnya dipandang ringan dengan melihat beberapa penegasan yang telah diturunkan oleh syariat Allah sama ada melalui Al-Qur’an dan as-Sunnah dan kaedah Usul Fiqh.

1. Al-Qur’an

Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya memberitahu manusia bahawa amal jamaie itu adalah kerja nabi dan pengikutnya. Allah telah berfirman:

Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia kepada umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata, dan aku menegaskan maha Suci Allah dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain” (Surah Yusuf : 10 8)

Firmannya lagi di dalam al-Qur’an:

Maksudnya:
“Seungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (Surah as-Soff: 4)

2. As-Sunnah

Kita akan dapat melihat dengan jelasnya tuntutan sunnah supaya bekerja secara amal jamaie apabila kita meneliti hadith berikut:

Maksudnya: “seungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kambing jua. Ia menangkap mana-mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka kamu berjemaah dan bercampur dengan orang ramai serta menghadiri masjid”

Sabdanya lagi:

Maksudnya: “Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah orang-orang muslimin dan pimpinan mereka”

3. Kaedah usul Fiqh

Kerja da’wah ini sangat besar, tidak mampu dilakukan secara individu dan tentulah ia terlebih dahulu memerlukan usaha jamaie berdasarkan kaedah fiqh:

Maksudnya: “sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya, maka ianya juga menjadi wajib”

PENGERTIAN AMAL JAMAIE

Amal jamaie dapat diertikan sebagai satu usaha secara berjemaah atau kegiatan yang lahir bersumberkan dari satu jamaah yang teratur (berorganisasi) menurut dan menepati manhaj dan skima tertentu menjurus ke arah matlamat yang tertentu.

Untuk penelitian yang lebih mendalam, perlulah dihuraikan beberapa anasir amal jamaie di dalam pengertian tersebut iaitu:

1. Amal yang diputuskan oleh jamaah.
2. Jamaah yang munazzamah (teratur).
3. Menurut manhaj yang tertentu dan kaedah-kaedah pencapainya.
4. Untuk mencapai matlamat yang tertentu.

1. AMAL YANG DIPUTUSKAN OLEH JAMAAH

Amal yang dimaksudkan disini ialah semua kegiatan jamaah sama ada luaran atau dalaman. Ia akan menjadi amal apabila diputuskan oleh jamaah dan dilakukan di atas keputusan jamaah yang diberi mandate oleh jamaah untuk membuat sesuatu keputusan.

Sebahagian daripada amal jamaah diperingkat luaran ialah seperti menerbitkan sebaran am, menulis majalah atau akhbar, mengadakan perjumpaan, menziarahi orang-orang tertentu, mengadakan tunjuk perasaan (demonstrasi), mengadakan kelas pelajaran dan lain-lain yang diterima oleh syara’.

Syarat-syarat Amal Jamaie

a) Amal tersebut tidak disyaratkan kepada semua anggota jamaah agar terlibat sama, malah mencukupi dengan dilakukan oleh sebahagian daripadanya sahaja. Walaupun demikian, dalam semua keadaan amal yang dilakukan itu diputuskan oleh jamaah dan mendapat persetujuan yang jelas dari jamaah.

b) Amal yang diputuskan itu hendaklah menepati syara’. Apabila amal itu diterima syara’, maka tidak perlulah lagi dipertikaikan jenis, kadar, masa amal tersebut. Termasuk dalam amal yang disyariatkan ialah semua amal yang diharuskan oleh syariat dalam keadaan darurat atau yang diharuskan kerana rukhsah.

c) Amal yang diputuskan oleh jamaah mestilah disertakan dengan niat yang baik dan ikhlas dan dilakukan semata-mata kerana Allah.

d) Amal yang dilakukan mestilah disertakan dengan muqarabah bkepada Allah, berjihad melawan nafsu agar amal tersebut tidak ditulari oleh sifat-sifat syirik dan riya’.

2. JAMAAH YANG MUNAZZAMAH (TERATUR)

Jamaah yang membuat keputusan terhadap sebarang amal jamaie itu mestilah berada dalam satu tanzim yang kemas, teratur dan berencana serta berstrategi, unsur ini merupakan suatu yang asasi dan dharuri bagi mana-mana jamaah yang mempunyai matlamat tertentu. Tanpa tanzim, jamaah tidak akan berjaya dalam gerak kerjanya.

Terdapat beberapa aspek yang perlu wujud dalam jamaah munazzamah:

a) Baiah
Iaitu janji taat setia ahli jamaah kepada pimpinan untuk taat dan hidup di atas landasan yang ditentukan oleh jamaah dalam memperjuangkan Islam. Baiah hendaklah diberikan dengan kefahamn yang jelas tentang setiap aspek jamaah dengan keyakinan yang tinggi dan disusuli dengan iltizam kepada jamaah.

b) Imarah
Kepimpinan merupakan cirri asas dalam jamaah Islam. Adanya baiah beerti adanya kepimpinan. Dalam konteks sebuah jamaah, kepimpinan mestilah dipilih oleh jamaah dan ia mampu, cekap dalam melaksanakan tugas serta amanah dalam mentadbir menurut lunas-lunas Islam.

c) Ta’at
Bai’ah adalah untuk memastikan ketaatan kepada jamaah. Pendokong dan ahli jamaah wajib mentaati pemimpin terutamanya dalam melakukan amal jamaie.

d) Musyawarah
Pemimpin bertanggungjawab menjalankan syura kerana ia adalah tuntutan syara’ bagi menjamin perkembangan jamaah berjalan dengan baik.

3. MANHAJ

Manhaj ialah methodology atau kumpulan tindakan-tindakan atau perencanaan-perencanaan yang digunakan oleh harakah Islamiyyah untuk mencapai matlamatnya. Ia mestilah dibentuk berlandaskan kepada sumber-sumber berikut:

a) Al-Qur’an
b) Sunnah Rasulullah
c) Sirah para sahabat.
d) Pendapat fuqaha’.
e) pengalaman para duat.

Perlu dijelaskan disini bahawa manhaj itu dibentuk berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:
a. berusaha sedaya upaya menyelaraskannya dengan kehendak-kehendak syara’. Pencapaian matlamat yang murni hendaklah melalui jalan yang murni juga. Oleh itu, islam tidak menerima dasar matlamat menghalalkan cara.
b. Hendaklah bersesuaian dengan kemampuan jamaah dan suasana.
c. Bersedia untuk mengalami proses ubah suai jika keadaan memerlukan.
d. Dasar beransur-ansur dalam perlaksanaan.
e. Hazar dan waspada.

4. MATLAMAT

Jamaah adalah satu wadah untuk mencapai dakwah. Amal jamaie sebagai satu program pengembelingan tenaga kea rah menjayakan aspisari perjuangan suci ini sudah tentu matlamatnya ialah untuk menegakkan Uluhiyyah Allah dengan mengajak manusia mengabdikan diri kepadaNya.

PENUTUP.

Keperluan dan kepentingan bekerja secara amal Jamaie sebenarnya dapat dirasakan apabila mencburkan diri dalam gerak kerja di dalam harakah Islamiyyah. Teori yang tersebut di atas diharap dapat dipraktikkan dan bukan hanya bahan perbincangan intelektual semata-mata dan sekadar mengisi ruang-ruang waktu kursus

nur_r: sbnarnya ana kena sedia teks usrah minggu lepas lagi tp atas sebab jadual dan masa keje penuh mggu ni terpaksalah ana cari kut dlm tenet ni pasal tajuk ni....syukran jazilan atas sumbangan sahabat atas teks ni...ilalliqa'

Saturday, May 16, 2009

ASSALAMUALAIKUM... YA MU'ALLIM WA MUALLIMAH


SELAMAT HARI GURU..buat insan yang bergelar guru dan juga pendidik...
Guru terbaik adalah Rasulullah dan jdkanlah Rasulullah sebagai role model
dalam mendidik anak-anak didikmu.Jadikan mereka insan yang cemerlang di dunia dan akhirat...
INSYAALLAH...



Guru Oh Guru
Oleh Usman Awang (1979)

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Friday, April 17, 2009

Tazkirah

Tip Kecemerlangan Dari Al-Quran



NABI MUHAMMAD - PERANCANG YANG STATEGIS

Dalam surah Yusof ayat 47-49, Allah berfirman, "Yusof berkata, 'Hendaklah kamu bertanam selama tujuh tahun sebagaimana biasa dan apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di bulirnya kecuali sedikit yang kamu ambil untuk dimakan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit yang memerlukan kamu memakan apa yang kamu simpan kecuali sedikit yang kamu biarkan dalam simpanan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia dikurniakan hujan dan ketika itu mereka memerah anggur'." Ayat ini menekankan tentang perancangan yang strategik. Mereka yang gagal untuk merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal.

Nabi sentiasa mementingkan perancangan yang rapi sebelum melaksanakan tugas-tugas penting. Sebagai contoh, sebelum berlakunya Hijrah dan penegakan negara Islam di Madinah, perancangan yang mantap telah dilakukan oleh nabi di Mekah. Ketika itu, baginda mengubah strategi dakwah dengan menyampaikan risalah Islam kepada orang-orang yang datang dari luar kota Mekah. Golongan Aus dan Khazraj dari Yathrib (Madinah) terkesan dengan dakwah nabi dan dengan itu pada tahun ke-12 sebelum hijrah berlakulah Perjanjian Aqabah Pertama antara nabi dengan 12 orang wakil dari Madinah. Ketika mereka kembali ke Madinah nabi mengutus sahabat yang bernama Mus'ab bin Umair bersama-sama mereka bertujuan untuk mendidik masyarakat di Madinah tentang Islam. Strategi ini berjaya mengislamkan ramai tokoh-tokoh Arab di Madinah. Ini memungkinkan berlakunya Perjanjian Aqabah Kedua di Mekah pada tahun ke-13 sebelum hijrah. Dalam perjanjian ini mereka berjanji untuk membela nabi sebagaimana mereka membela keluarga mereka sendiri hingga ke titisan darah yang terakhir.

Selepas perjanjian ini nabi melantik 12 orang dari kalangan mereka untuk menjadi nuqabak atau penggerak utama dakwah di Madinah. Perancangan yang strategik ini menjadi titik tolak kepada Hijrah dan penegakan negara Islam di Madinah. Ketika berlaku Perang Khandak golongan Quraisy keluar dengan kekuatan tentera berjumlah empat ribu orang dan Bani Ghatfan dengan jumlah enam ribu orang menuju ke Madinah. Oleh kerana umat Islam mempunyai kekuatan tentera berjumlah hanya tiga ribu orang, umat Islam memutuskan untuk mengadakan pertahanan dalam kota Madinah. Taktik yang digunakan ketika itu ialah mengorek parit di sekeliling kota Madinah. Untuk memastikan taktik ini berkesan perancangan telah dilakukan dengan rapi. Mereka memutuskan untuk menggali parit sepanjang 5,000 hasta, ukuran dalamnya 7-10 hasta dan lebarnya lebih kurang 9 hasta. Untuk melaksanakan tugas ini nabi membahagikan para sahabat kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai sepuluh orang dan setiap kumpulan diarahkan untuk menggali parit sepanjang 40 hasta.

Kesan dari perancangan yang rapi ini pihak musuh tidak dapat memasuki kota Madinah dan dengan bantuan Allah umat Islam terselamat dari pancaroba peperangan. Sikap nabi ini telah dicontohi oleh para sahabat baginda. Ketika berlakunya Perang Qadisiyah di Lembah Mesopotamia pada tahun ke-14 Hijrah bersamaan dengan 635 Masihi antara pihak Islam dan Parsi, pihak Parsi dipimpin oleh panglima besar Rustam bersama-sama tentera yang berjumlah 200,000 orang. Pihak Islam pula dipimpin oleh panglima Saad bin Abil Waqqas bersama-sama tentera Islam yang berjumlah 41,000 orang. Pihak Parsi telah menggunakan gajah untuk mengucarkacirkan barisan Islam dalam peperangan ini. Perancangan tentera Islam melahirkan taktik gelombang untuk melumpuhkan musuh. Tentera-tentera Islam dibahagikan kepada beberapa lapisan dan setiap lapisan dipecahkan kepada tiga sayap dan setiap sayap diletakkan di penjuru-penjuru yang strategik. Ketika perang bermula lapisan pertama akan menyerang terlebih dahulu. Ketika musuh sedang memberikan tumpuan kepada serangan lapisan pertama, lapisan kedua akan menyusul diikuti dengan lapisan ketiga dan begitulah seterusnya.

Perancangan yang rapi ini, bertunjangkan takwa dan tawakal, berjaya melemahkan musuh. Akhirnya khemah panglima besar Rustam dapat dikepung dan panglima Hilal bin Alqamah berjaya membunuh Rustam. Kekalahan tentera Parsi di Qadisiyah menjadi pembuka jalan kepada kejatuhan ibu kota Parsi, Ctesiphon, tidak berapa lama selepas itu.

Mereka yang gagal merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd. Untuk Perincian Dapatkan '7 Formula Individu Cemerlang,' Karangan Dr. Danial bin Zainal Abidin Ziarahi Laman Web di: http://www.formulacemerlang.com

salam kembali!

salam...kembali ke arena blogging...:) tentu ramai tertanya2 kenapa ana dah lama x update blog dan ke mana agaknya ana yer..:)
sebenarnya ana still di sini cuma tahun 2009 ni rasanya tahun paling sibuk kut...sampai blog pun x usik langsung...tenet pun kadang2 jer on tuh pun sbb baca bite ke ape2 jer...masuk blog rakan2 pun dh jarang sekali skrg ni..maaf laa kat shbat2 yg mengenali ana di sini,bukan niat ana untuk lupakan sahabat semua dengan menyepi tanpa khabar brite...cuma ana sedang mengurus masa dan jadual ana yang padat tahun ni..huhu..
ok laa sampai sini dulu brite pengkhabaran ana tuk hari ni..nnti ana citer lagi kisah2 ana jika berkelapangan...buat shbt semua ana doakan semoga anda semua sentiasa dlm rahmat Allah...dan teruskan perjuangan anda krna ALLAH....salam alaik...:)

Friday, January 23, 2009

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

    Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan
khusyuk solatnya.Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya
kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya
lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu
dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorangabid bernama
Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir
dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?
" Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh
semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan
penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas
titian Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali
ini adalah
solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa didalam solat,
aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud
dengan tawadhuk,
aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan

ikhlas.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.