Monday, April 21, 2008

Buat Renungan semua

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari
Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama
para sahabat. Kemudian datang pemuda
Arab masuk kedalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S.A.W
melihat pemuda itu menangis , maka
baginda pun berkata , "Wahai orang
muda , kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu , "Ya
Rasulullah S.A.W , ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain
kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W
memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar
r.a. ikut orang muda itu untuk melihat
masalahnya. Setelah mengikut orang
itu , maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.
mendapati ayah orang muda itu telah
bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka
mereka pun kembali dan memberitahu
kepada Rasulullah S.A.W , "Ya
Rasulullah S.A.W , kami lihat mayat
ayah orang ini bertukar menjadi babi
hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para
sahabat pun pergi kerumah orang muda
itu dan baginda pun berdoa kepada
Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun
tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan ,
maka sekali lagi mayat itu berubah
menjadi seperti babi hutan yang hitam.
Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya
kepada pemuda itu , "Wahai orang
muda , apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu , "Sebenarnya
ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda , "Wahai para sahabatku ,
lihatlah keadaan orang yang
meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah
S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang
lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya ,
tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila
mereka membuka kain kafan itu , mereka
melihat ada seekor ular sedang
membelit leher mayat tersebut serta
memakan daging dan menghisap darah
mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular
itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh
ular itu , maka berkata ular tersebut ,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu
Rasulullah , mengapakah kamu semua
hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa
dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T
yang memerintahkan kepadaku supaya
menyeksanya sehingga sampai hari
kiamat."
Lalu para sahabat bertanya , "Apakah
kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular , "Dia telah
melakukan tiga kesalahan , di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan , dia
tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat
hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat
para ulama. Maka inilah balasannya".

No comments: