Sunday, December 28, 2008

Hijrah Rasulullah


TANGGAL 1 Muharam merupakan tarikh penting bagi umat Islam. Tarikh keramat ini diambil daripada suatu peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah. Penentuan tarikh Hijrah ini (bersamaan 16 Julai 622M) kemudiannya diputuskan pada zaman khalifah Saidina Umar ibni al-Khattab pada tahun 17 hijrah bertujuan mengingati peristiwa penting itu di samping untuk memudahkan urusan pentadbiran negara. Beberapa cadangan telah dikemukakan pada beliau, ada yang mencadangkan tahun kelahiran Rasulullah, tarikh kebangkitannya menjadi Rasul dan ada pula yang mencadangkan tahun wafatnya. Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar kerana memandangkan hijrah adalah peristiwa yang terpenting di antara peristiwa-peristiwa lain sebagaimana katanya yang beraksud: Kita membuat tarikh dengan Hijrah Rasulullah s.a.w. keranan hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang batal.

Sejak terbentuknya takwim Islam menggantikan takwim Masihi ini, segala urusan pentadbiran negara Islam berjalan dengan licin dan pada masa yang sama semua catatan sejarah penting direkod berdasarkan kepada takwim ini. Takwim Hijrah mengikut peredaran bulan (lunar - qamariyah) di mana dalam setahun ia mengandungi 254 hari berbanding dengan takwim Masihi sebanyak 365 hari).

Perbezaan ini disebabkan kerana takwim Islam mengikut peredaran bulan, manakala takwim Masihi mengikut peredaran matahari. Bilangan hari dalam bulan Islam kurang daripada bilangan hari dalam bulan Masihi. Hari dalam Islam hanya di antara 29 hingga 30 hari sahaja. Sebagai contoh, bulan Muharam mengandungi 30 hari, diikuti oleh bulan Safar 29 hari, bulan Rabiulawal 30 hari, Rabiulakhir 29 hari, demikianlah seterusnya hingga ke bulan Zulhijah 30 hari.

Sementara bulan Masihi, mengandungi antara 30 hingga 31 hari (kecuali bulan Februari 28 atau 29 hari). Berdasarkan kaedah ini menyebabkan perbezaan antara takwim Islam dan takwim Masihi secara kasarnya adalah sebanyak 11 hari dalam setahun atau 365 hari dalam tempoh 33 tahun).

Kehadiran Maal Hijrah saban tahun diraikan kerana terdapat banyak pengajaran dan hikmah di sebalik peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah yang seharusnya dihayati oleh umat Islam. Kita mungkin terpengaruh dengan dakyah para orientalis yang menterjemahkan perkataan Hijrah bererti flight atau lari.

Mereka cenderung mendakwa Nabi dan pengikutnya melarikan diri dari Mekah ke Madinah kerana takut diseksa dan diancam oleh kaum Musyrikin. Terjemahan dan takrifan ini terbabas daripada maksud yang sebenar. Hijrah ialah perkataan Arab yang diambil daripada kata dasar 'hajara' yang bererti 'berpindah', manakala kata terbitannya hijrah bererti 'perpindahan' (migration). Orang yang berpindah digelar sebagai muhajir atau muhajirun. Pada umumnya perpindahan diertikan sebagai suatu langkah untuk memperbaiki nasib hidup di dunia, seperti perpindahan dari desa ke kota untuk mencari peluang kehidupan yang lebih baik.

Namun demikian hijrah merupakan suatu konotasi yang berbeza dan mempunyai orientasi dan objektif yang lebih luas daripada itu, ia mencakupi aspek rohani dan jasmani bagi tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Hijrah bukan berlaku secara kebetulan malah telah dilakukan dengan penuh perancangan serta mendapat arahan dan keredhaan daripada Allah s.w.t.

Firman Allah dalam ayat 56 surah al-Ankabut yang bermaksud ''tidakkah engkau mendapati bumi Allah itu luas maka hendaklah kamu berhijrah padanya.'' (Surah an-Nisa: 97). Sekali imbas arahan Allah ini merupakan sebagai suatu kesempatan yang mungkin digunakan oleh Rasulullah untuk melepaskan diri daripada ancaman kafir Quraisy. Ini seolah-olah membenarkan dakwaan musuh Islam kononnya Nabi lari tengah malam justeru tidak tahan dengan seksaan yang dialami semasa di Mekah. Sebagai seorang Rasul yang menjalankan amanah Allah, ketakutan terhadap ancaman musuh bukanlah merupakan sifat para Nabi walaupun baginda dan pengikut-pengikutnya dinisbahkan sebagai golongan yang tertindas atau mustadhafin.

Hijrah sebenarnya digerakkan oleh faktor yang lebih penting daripada itu, walaupun diakui keselamatan Rasulullah semakin terancam berikutan kematian isterinya Siti Khadijah dan pak ciknya Abu Thalib yang banyak membantu perkembangan dakwah Islamiah.

Faktor paling utama yang mendorong kepada berlakunya peristiwa ini ialah sokongan terhadap Islam yang datangnya daripada penduduk Madinah. Perjanjian Aqabah pertama dan kedua dengan penduduk Madinah memberikan sinar baru bagi perkembangan Islam yang kian tersepit di bumi jahiliah Mekah itu. Pergerakan Rasulullah s.a.w keluar dari kota Mekah juga diatur dengan penuh rapi agar tidak menimbulkan kegemparan di kalangan musuh yang juga merancang untuk membunuh Nabi s.a.w. Ini dapat dilihat daripada kesediaan Saidina Ali menggantikan Nabi di tempat tidur, bantuan bekalan makanan daripada Asma' binti Abu Bakr dan panduan perjalanan jalan daripada seorang yang mahir mengenai selok- belok laluan kota Mekah iaitu Abdullah bin 'Uraiqit.

Semuanya ini menjelaskan bahawa peristiwa Hijrah adalah merupakan suatu perancangan yang telah disusun begitu rapi, selain daripada pertolongan Allah yang memudahkan lagi perjalanan Rasulullah s.a.w ke Madinah. Banyak perkara penting yang dapat dijadikan pengajaran dalam kita menghayati peristiwa Hijrah ini iaitu berkaitan dengan misi kerasulan Muhammad s.a.w. Walaupun Baginda telah berusaha menyebarkan Islam siang dan malam, penduduk kota Mekah gagal diislamkan secara menyeluruh.

Hal ini berbeza dengan sikap penduduk kota Madinah yang menyambut ketibaan Rasulullah s.a.w dengan paluan gendang dan hamburan nyanyian kesyukuran.

Penduduk Madinah yang terdiri daripada golongan Ansar telah memberikan pertolongan yang besar terhadap Rasulullah dan kaum Muhajirin menegakkan Islam di kota tersebut. Perpaduan yang ditegakkan melalui Hijrah ini bukan sahaja menyatukan umat Islam tetapi seluruh penduduk Madinah yang juga terdiri daripada golongan bukan Islam. Piagam atau perjanjian Madinah yang dimeterai oleh Nabi menjadi asas kepada permuafakatan hidup dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Piagam yang diakui oleh Profesor Hamidullah sebagai perjanjian bertulis di dunia yang pertama ini menjadi asas pembinaan negara Islam yang berjaya mendaulatkan perpaduan di kalangan manusia.

Penguasaan politik negara Madinah yang berasaskan Islam telah berjaya menjelmakan Islam sebagai sebuah agama yang mampu membina peradabannya tersendiri. Jika di Mekah, Islam hanya dikenali sebagai agama yang menekankan aspek-aspek keimanan dan kerohanian, khususnya dalam membina asas-asas seorang individu Muslim, maka di Madinah kita melihat Islam berinteraksi dalam seluruh lapangan kehidupan. Di kota inilah banyak ayat-ayat al-Quran diturun bagi menerangkan hukum-hakam dalam seluruh lapangan kehidupan. Negara yang ditegakkan di atas asas keimanan juga berjaya melahirkan para da'i dan mujahid yang sanggup mengorbankan diri untuk kebangkitan agama Allah. Madinah menjadi pusat kebangkitan strategi Islam dalam memperluaskan dakwahnya ke seluruh dunia. Sesungguhnya kemenangan kepada Islam pastinya akan berulang sekiranya umatnya bersikap positif untuk berubah ke arah kemajuan dalam seluruh aspek kehidupan. Perubahan ini tidak akan datang bergolek tetapi perlu dilaksanakan dengan penuh kesungguhan sebagaimana hijrah Rasulullah s.a.w. perlu dijadikan renungan untuk melakukan agenda perubahan dalam alaf baru ini.

~Dipetik dari DR. BADLIHISHAM NASIR, Jabatan Dakwah, Fakulti Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saturday, December 27, 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430H

maal hijrah Pictures, Images and Photos

Monday, December 15, 2008

MENITI USIA SENJA BERPANDUKAN ISLAM

Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2
berikut;

1) Mumaiyiz
Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan
setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya.. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.

2) Pemuda/i

Bermula dari umur baligh hingga umur 40tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya.Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40tahun.

3) Orang tua

Bermula umur 40tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba
ciptaanNya.Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi.Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.

Sabda Nabi SAW (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad drp Anas b Malik);

"Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam,
beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40tahun MAKA Allah akan
memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia
akan dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam) &
penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebhg putih2.

Apabila seseorang itu sampai umur 50tahun dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghidari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok, pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik
walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.


Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60tahun dalam keadaan Islam, beriman &
beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT &
suka membuat amal2 soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak
akan beri hadiah ini.


Apabila telah mencapai umur 70tahun Allah akan cinta kepadanya,bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.


Apabila telah mencapai umur 80tahun, Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata2 kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa2nya,sedangkan pahala berterusan dicatit.

Apabila telah sampai umur 90tahun dengan syarat dia telah menerima hadiah2 pada umur2 sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;

1) mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang
yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia;

2) menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya
kepada orang ini;

3) juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada
ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau
dikeluarkan dari Neraka."


Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan diRahmati Allah & dipermudahkan urusannya.

Tips dari Saidina Ali kw;

"Jika ingin menjadi orang yg apabila tua TIDAK NYANYUK, tak
Mengenal benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka
sedari muda lagi amalkan MEMBACA AL QURAN"
Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca
AlQuran itu menjadi amalan yang berterusan.

Doa pada umur 40tahun :
Surah Al Ahqaf Juzuk 26 : Ayat15
" Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2 Islam)"

Monday, December 8, 2008

Alhamdulillah dan tahniah buat kakak...

<---yang nih bukan baby kakak ana yer...harap maklum>>>
Alhamdullillah syukur kpd Allah dan tahniah atas kelahiran baby sulung kakak ana 5 hari yang lalu...seronok dan gembira tak terkata bila sambut anak sedara baru ni..smpai tak tercatat di blog konon2 bz laa..he2..tp kakak ana mesti lagi gembira..yang ni ank sedara yang ke 6 tp seronok cam baru dpt ank sedara pertama...ana pun ape lagi amik peluang belai2 anak sedara ni..siang mlm.. :) inilah yang dikatakan anugerah dari Allah yang tak terkira...Alhamdulillah...
Mohamad Haziq ...:) itu nama ank sedara ana...w/pun belum di daftar namanya secara sah tapi sok sek sok sek kedengaran nama tuh yang bakal diberi...insyaAllah...

Tapi dalam masih gembira dengan kelahirannya,baru semalam kakak ana dimasukkan ke hospital kerana dikatakan CB atau mgkin keracunan..(ibu kpd baby ni laa) malam tadi ana p jaga di wad,jd beraya kat hospital dgn kakak ana jer ari ni..petang balik jap n jap lagi nak p lak teman kakak di wad...tdo sna lagi ana mlm ni..xperla berkorban pd hari raya ni...insyaAllah..papepun moga beliau sembuh..ameen...
k la ana nk bersiap2 ke hospital sekarang...smoga jumpa lagi dan

Selamat hari raya 'iduladha & maaf zahir batin buat semua...



nur_raudhah: ntah papela ana tulis kat sini tapi sekadar bgtahu sbb mgkin ana agk bz sket
ni...:) k wslm


Thursday, December 4, 2008

Kawal Nafsu Amarah Anda

" Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-A'raf:20)

Baginda Rasul berpesan kepada para sahabatnya dengan berkata:"Jangan marah,jangan marah,jangan marah."
Terdapat satu kisah iaitu ketika seorang lelaki dalam keadaan marah,disuruh oleh baginda Rasul memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syitan.
"Dan aku berlindung kepada-Mu,wahai tuhanku,supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku"
(Surah al-mukminun:98)

"Sesungguhnya org2 yang bertakwa,apabila mereka di sentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan,mereka ingat(kpd ajaran Allah)maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)"
(Surah Al-A'raf:201)
Terdapat hal-hal yang dapat menimbulkan keresahan,kesedihan,emosi dan amarah di dalam hati,yang ubatnya ada pada diri Baginda Rasul:

1)Menahan Marah
"Dan org2 yang menahan marahnya"
(Surah Ali Imran:134)
"Dan apabila mereka marah mereka memberi ampun"
(Surah Asy-Syura:37)

2)Berwudhuk
Marah adalah bara api,dan api hanya boleh dipadamkan dengan air.baginda Rasul bersabda ertinya:"Kebersihan adalah sebahagian dr iman."juga sabdanya "Wudhuk itu senjata org mukmin"

3)Tukar posisi/keadaan ketika anda marah
Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk dan jika sedang duduk maka hendaklah berbaring

4)Diam
Diam itu lebih baik dari terus bercakap ketika berkeadaan marah

5)Ingat ganjaran bagi org yang sabar menahan marah
mengingati pahala yang yang dijanjikan untuk orang yang menahan marah yang memberi maaf kepada sesama manusia dan sikap bertolak ansur.