Tuesday, May 27, 2008

SKETSA CINTA??


CINTA YANG MENYATUKAN

" Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia yang lain yang juga sukakan Allah.Cinta yang SATU akan menyatukan manusia"
" Tapi tak semua kan?" ulangnya sekali lagi.
Saya diam.Jelas,penjelasan saya masih tak jelas lagi.Saya terima kelemahan saya.Bukan kerana kelemahannya, tapi kerana kelemahan saya.Saya diam mencari-cari makna dan kata.
" Jika awak diberi pilihan...untuk disukai oleh dua orang manusia.Pertama,manusia yang disukai Allah.Kedua, manusia yang dibenci Allah... yang mana satu awak pilih?"
Jelas,kali ini dia pula terdiam.Alhamdulillah.Dia berfikir dalam.Begitu saya mengharapkan.Saya tidak menganggap perbualan satu persaingan tetapi lebih sebagai satu perkongsian.
" Tentu saya memilih untuk disukai oleh orang yang disukai Allah." Dia menjawab akhirnya.
" Ya, itulah jawapannya.Apa gunanya disukai oleh orang yang dibenci Allah?sukanya tidak memberi manfaat.Bencinya tidak memberi mudarat.
"Ya kita tidak boleh menyukakan hati semua orang.Kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah...InsyaAllah nanti kita akan disukai Allah juga.Dan itulah rahsia kejayaan kita."


Sunday, May 25, 2008


Assalamualaikum...

Firstly,ana nk ucapkan selamat bercuti wat seme cikgu2..wah seronok bila cuti dah mula nih kan? yang ngaja kat sabah n s'wak seme blk...yela amik peluang time cuti gini utk bersama keluarga.. hmmm..time cuti juga adalah musim org kawen..huhu.. amik peluang wat knduri mase cuti..ana pun byk terima undangn dari shbt2 ana waktu sek dulu..ramai nk kna p nih...berderet2...huhu..seme kawan baik msti la p nyer... :)
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT ANA,HASRIL & AIDA yang baru di ijabkabulkan hari ni.... semoga anda berdua berbahagia hingga ke akhir hayat.Semoga di rahmati ALLAH sntiasa...

Nabi SAW dari Anas bin Malik, " Jika seorang hamba ALLAH itu menikah (kahwin), maka telah sempurnalah setengah (separuh) agamanya.Maka hendaklah dia bertakwa kpd Allah pada sesetengah yang lain" (Riwayat al-Hakim dan at-Tabrani)

Pesanan Ummu Hakim kepada puterinya pada malam pertama perkahwinannya :

" Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan, engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah ke sarang lain yang belum pernah engkau kenal."

" Engkau memperolehi teman hidup yang belum biasa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hambasahaya baginya, dan dengan demikian ia akan menjadi budak bagimu."

" Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang ku pesankan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik bagimu :

1) Temanilah suamimu dengan cara hidup sederhana, merasa cukup dengan apa yang ada, dan bergaullah dengan baik dan patuh.

2) Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Bercelaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak engkau punyai.

3) Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur, kerana rasa lapar akan menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.

4) Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah angota-anggota keluarganya. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota-anggota keluarganya engkau akan mendapat perhatian yang baik.

5) Jangan sekali-kali engkau membicarakan rahsia suamimu dengan orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya; kerana jika engkau menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika engkau menentang perintahnya ia akan marah kepadamu.

6) Janganlah engkau gembira di saat ia sedang merasa sedih, janganlah pula engkau kelihatan sedih bila ia sedang bergembira. Sebab yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiranmu sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.

7) Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, ia pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.

Ketahuilah engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya daripada kesukaanmu sendiri dan lebih mengutamakan kesenangannya daripada kesenanganmu sendiri, baik dalam hal-hal yang engkau sukai mahupun yang engkau tidak sukai. Semoga Allah menunjukkan pilihan yang baik bagimu."

Dipetik dari 'Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam' tulisan Muhammad Ali Qutb

" Di antara tanda2 (kebesaran dan kekuasaan) Allah adalah Dia menciptakan dari jenismu pasangan2 agar kamu(masing-masing) memperoleh ketenangan(ketenteraman) dari (pasangan)nya dan di jadikan-NYA di antara kamu mawaddah dan rahmah.Sesunguhnya yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir " (Ar-Rum:21)

Erti Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t

Maksudnya : “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.
Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah.

Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya:
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.


Dipetik dr SUMBER....

Saturday, May 24, 2008

SABAR DENGAN UJIAN DAN MEHNAH

Sifat sabar adalah permulaan bagi segala maqam atau segala pangkat yang boleh diterima oleh setiap orang yang ingin mencapai kebahagaian dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Sseorang yang telah dapat memiliki sifat sabar ini,dia akan mendapat pula satu lagi maqam yang lebih tinggi iaitu sifat redha.Sifat redha ini adalah maqam yang tinggi selepas sifat sabar.

Bila kita katakan sesorang itu sabar,ertinya dia dapat menerima segala ketentuan qada’ dan qadar Allah swt.Tapi perlulah kita ingat bahawa sekiranya kita tidak boleh sabar dengan segala ketentuan dari Allah swt,maka payah sekali untuk redha dengannya.Lebih-lebih lagi untuk kita merasa terhibur dengan segala ketentuan dari Allah swt ke atas setiap diri kita.

Mungkin seseorang itu dapat bersabar dan dapat pula dia redha denga segala ketentuan Allah swt,tapi adakah dia terhibur dengan segala ketentuan Allah swt itu?Untuk itu dia memerlukan sedikit usaha untuk maqam terhiburnya dia dengan segala ketentuan Allah swt iaitu qada’ dan qadar Allah.

Kalaulah kita baca kitab2 mengenai sejarah orang2 soleh dahulu,inilah maqam yang di usahakan slalu.Mereka berlumba2 kerana hendakkan sifat sabar itu ,sifar redha dan berhibur dengan hukum2 Allahswt.Oelh kerana mereka berusaha dengan latihan jiwa yang sungguh tidak sambil lewa maka ada di kalangan mrk yang berjaya mencapai darjat tersebut.Apabila maqam itu telah mrk capai maka tergolonglah mrk sbg wali2 Allah..

Maka itu,hendaklah kita bermujahadah selalu untuk mendapatkan sifat2 yang mulia di samping kita berdoa kpd Allah utk di anugerahkan kita rahmatNYA,moga2 kita termasuk kedlm golongan org2 yang dimuliakan disisi Allah swt.

“YA Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran kpd kami,dan wafatkan kami dlm keadaan kami menyerah diri(kpd MU)

Dengan sifat sabar juga kita bakal memiliki kejayaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.Dalam Al-Quran Allah menyebut sbgmana firmannya yang bermaksud:

“dan Kami jadikan di antara mrk itu pemimpin2 yang memberi petunjuk dengan perintah Kami,ketika mereka sabar” (As-sajadah:24)

Firman-Nya lagi:

Dan sesungguhnya Kami memberi balasan kpd orang2 yang sabar dengan pahala yang lebih baik drpd apa yang mrk kerjakan” (An-Nahl:96)

Sementara itu Rasulullah SAW pula bersabda,maksudnya:

” Tidak akan diberi seseorang itu akan pemberian yang lebih baik dan yang terlebih luas drpd pemberian pada seseorang yang bersifat sabar”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

catatan hari ini...

assalamualaikum wbt...
Sabtu 24 mei 2008,hari ini ana duk dpn pc jer dari kul 12 berhenti solat zohor sambung semula dalam kul 2.15pm.hari ni semua org xde kat umah..semua pergi kenduri kawen..tinggal la ana sorg kat rmh nih..huhu..so far boring jugak bila xde org nih..ari ni ana jd 'mem besar' la pasai duk sorg..hehe
ari nih ana amik masa edit blog ana yang masih berterabur nih...ana masih lagi xberjaya wat readmore nih,tp insyaAllah akan cuba sampai jaya! :)best plk bila dah ada blog sendiri nih..hehe..semua atas sokongan padu atau ilham yang di keluarkan dr AKHI GB @greenboc..DJ TKO.fm..kat TKO ana dpt kenai ramai shbt seperjuangan,dorg seme pun berusaha cetuskan idea dlm blog masing2...tahniah wat diri sendiri n semua shbat aprentice di blog GB.
sat ag ana nk p kat blog GB dgr radio tko.fm laks...sesambil post artikel or bhn2 maklmat baru..ye la ari nih ana rasa relax sket..sblum nih pdg pc pun xsempat hehe :)
jam dah kul 3.40pm..sunyi nyer bila xde org kat umah tp dgr TKO.fm hilang sket sunyi..huhu..
buka jer TKO.fm lagu kawen kedengaran..huhu..yerla cuti sek adlah musim org kwen..elok bonar latuh..hehe...
Ana pun nak ucapkan selamat pengantin baru wat seme yang akan melangsungkan perkahwinan bulan ni..semoga berbahagia... :)


Friday, May 23, 2008

Harapan bagi yang berdosa

Dunia yang fana ini sememangnya penuh dengan musibah.Musibah itu adalah sunnatullah di alam semesta ini.Musibah tidak kenal siapa dan tidak memilih bulu.Hadirnya silih berganti ke atas manusia adalah sebagai tanda Allah mahu menguji dan menduga mereka.Cuma bagaimana caranya manusia menghadapinya.

Di kalangan manusia lantaran lemah iman(jiwa) bila mana Allah menimpakan musibah,mereka terus bertukar wajah,menjadi ingkar dan protes melulu terhadap Allah.tidak sekadar itu mereka terlajak menyanggah takdirNYA serta mendoakan kebinasaan atas diri dan keluarga mereka.Musibah terasa amat berat sehingga mereka menderita penasaran.

Firman Allah swt “ Diantara manusia,ada yang menyembah Allah dalam keraguan.Apabila mendapat kebaikan senanglah hatinya dan apabila mengalami cubaan(musibah) berubahlah hatinya menjadi kafir.(lantaran itu )dia mengalami kerugian di dunia dan akhirat dan itulah kerugian yang amat nyata”( Al-Hajj:11)

Musibah bukannya selalu bererti tanda kemarahan dan kebencian Allah pada seseorang atau sesuatu kaum sebagaimana juga bahawa kenikmatan bukan merupakan tanda keredhaan dan penerimaan Allah.

Akan tetapi musibah (ujian ) Allah terhadap hamba-NYA yang beriman bertujuan mengukur tahap imannya,juga memantau kebenaran dan dusta mereka.Ujian lah juga yang menentukan kejayaan seseorang…

Firman Allah SWT “apakah manusia menduga (menjangkakan) bahawa mereka dibiarkan berkata(sesuka hati mereka); kami beriman sedangkan walhal mereka belum di uji.kami telah menguji orang2 sbelum mereka , maka Allah pasti akan mengetahui org2 yang berkata benar dan mengetahui org2 yang berdusta” (Al-Ankabut:2-3)

Setiap perkara atau peristiwa yang berlaku pada diri kita,baik ataupun buruk,kedua2nya adalah dugaan dan ujian Allah SWT… hadapilah ia dengan tenang dan sabar semoga kita sentiasa dlm keredhaan dan kerahmatan NYA… ameenn…

Amalan seorang Mukmin


1. Selalu ingat mati, menyedari segala amal perbuatan akan dihisab satu persatu di akhirat nanti. Ini akan menyedarkan manusia bahawa harta, jawatan, dan segala apa yang ada di dunia hanyalah pinjaman sementara dalam musafir seorang hamba kembali pada Tuhan.

2. Rajin menghadiri majlis ilmu bagi menambahkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.

3. Mencari dan berkawan dengan orang-orang yang baik dan soleh.

4. Membaca Al-Quran dan memahami isi kandungan, seterusnya mengamalkannya sedaya termampu.

“Ya Allah, bersih dan sucikanlah hati kami daripada segala sifat mazmumah, ampuni kami semua dan seluruh kaum muslimin,

Bantulah saudara seagama kami yang tertindas dan jadikanlah kami semua hamba-Mu yang benar-benar bertaqwa…Amin”

Rujukan :

1.http://www.Islam.gov.my/portal/e-hadith.php

2.Ar-Rayyan, Asto Oasis yang disampaikan oleh Dr Fatma El-Zahraa Muhammad Ramadan



Monday, May 19, 2008

Wasiat Imam Syafie...

_ Wasiat Imam Syafie...
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat
tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.._,_.___

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

Friday, May 16, 2008

amanah dr ALLAH

dh lame ana x jenguk blog nih...
bz btul skarng nih...
ana kdg2 xtau nk tulis per...
kalo ana jenguk sini pun jap jer...
tu pun smpatla post artikel ker pape kat sini...
nk edit blog pun x berkesempatan..
sat lagi ptg nk kna kuar lagi...
ada hal yg perlu di segerakan..
xelok tangguh2 keje nih...
ana igt pesan ustaz ana...
jgn mengeluh kalo dpt wat seseuatu yg mgkin sukar bg kita tp katakanlah Alhamdulillah...
krn ini adalah satu amanah atau anugerah Allah untuk kita...
gunakan sebaik mungkin ilmu n khudrat yang kita ada...
ingat segala susah payah di laksanakan dgn ikhlas...insyaAllah di balas Allah d
akhirat kelak...
lagi satu jgn putus asa...ssungguhnya lakukankanlah dgn sabar...'InnaAllahama'asobirin'

k next time kita jupe lagi..assalamualaikum... :)

SELAMAT HARI GURU



sajak penguat semangat seorang guru:

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979





selamat hari guru ana ucapkan buat semua para pendidik...
selamat hari guru juga mu'allim wa mualimah..yang pernah mengajar ana sehingga ana mengecapi kejayaan..insyaAllah!
ana bersyukur juga pada Allah atas segala yang ana kecapi sekarang hasil
dari didikan guruku jua...
ku doakan jua semoga semua guru yang pernah mendidikku agar sentiasa
di rahmati ALLAH..dan semoga guru2 ku beroleh keberkatan dalam
apa jua perkara yang di lakukan setiap hari...SELAMAT HARI GURU!

Saturday, May 10, 2008

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG



Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Friday, May 9, 2008

Personaliti melalui jenis darah

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling
mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama denganmu.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria.


Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

MUKMIN SEJATI


Mukmin Sejati Bercirikan Sifat Orang Beriman. Sebagaimana di dalam Al Quran atau Hadith, banyak diungkapkan tentang sifat dan ciri-ciri orang yang beriman di antaranya :

Ciri Pertama

Seorang mukmin sejati mempunyai iman yang teguh dan kuat, tidak mudah bergoyang atau rapuh, mempunyai cita-cita luhur yang tidak kunjung padam sentiasa mengerjakan kebaikan, selalu hidup di dalam perjuangan, menjauhkan diri daripada kejahatan, sabar di dalam menghadapi cubaan dan menunjukkan keperibadian yang baik. Dia tidak gugup dan hilang akal bila menghadapi sesuatu yang buruk, sebaliknya dia tidak lupa daratan dan hilang perseimbangan dikala memperolehi nikmat. Apabila ditimpa musibah dia bersikap sabar. Di dalam kehidupannya sentiasa terpancar ketenangan dan kedamaian. Kehidupan yang bahagia.Hal inilah yang digambarkan oleh Allah di dalam Al Quran:

"Seseiapa yang melakukan perbuatan yang baik, lelaki atau perempuan di dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (Tayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih beik daripada kebaikan yang mereka kerjakan."

(Surah An Nahli: 97)

Kehidupan Toyyibah yang dimaksudkan adalah tersimpul di dalamnya segala kenikmatan dan kebahagian, baik yang bersifat jasmaniah atau rohaniah, bukan sahaja di dalam kehidupan di dunia ini tetapi juga kehidupan di akhirat kelak.

Ciri Kedua

Seorang mukmin sejati ialah seorang yang sentiasa membuatkan menafaat baik untuk dirinya sendiri mahu pun terhadap orang lain. Islam telah meletakkan beberapa larangan terhadap perbuatan yang merosak dan merugikan, baik terhadap peribadi atau masyarakat. Umpamanya berzina, berjudi, minum arak dan berbagai perkara yang merosakkan diri dan masyarakat. Orang lemah imannya tidak mampu mengendalikan dirinya terhadap larangan tersebut, walaupun dia menyedari akan akibat buruk yang akan ditempuh. Berbeza halnya dengan orang mukmin yang kuat imannya. Dia sentiasa berusaha menghindarkan perbuatan yang merugi dan merosakkan dirinya dan orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda

"Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang memberi menafaat kepada manusia yang lain."

Ciri ketiga

Orang mukmin sejati ialah mereka yang hanya meminta pertolongan dari Allah di dalam menghadapi sesuatu kesulitan. Kita dapati perbezaan orang yang lemah dan orang yang kuat imannya. Orang yang lemah imannya selalu gelisah, gugup, hilang pegangan dan pegangan. Dia mencari pertolongan kepada sesiapa sahaja. Yang dianggapnya dapat menringankan kesulitan dan konflik jiwa yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu hanya sementara sahaja di dunia yang fana ini. Akan tetapi mukmin yang sejati, hanyalah yang meminta pertolongan dengan Allah. Ia memohon terus dengan Allah, tanpa ada perantaraan orang lain. Sebab dia yakin kuasa yang menentukan pada saat yang terakhir ialah Allah s.w.t. tanpa mengabaikan ikhtiar dan usaha dari manusia itu sendiri.

"Kepada Engkaulah (Allah) kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon perlindungan."

(Al Fatihah: 5)

Ciri Keempat

Sebagai orang mukmin yang sejati, tidak bersikap lemah, yang dimaksudkan disini bukan sahaja lemah fizikal atau tubuh badan tetapi akal dan jiwa terutama sekali rohaniah. Jiwa atau semangat yang kental yang tidak dapat dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban. Orang yang beriman sentiasa mempunyai pengharapan, kegembiraan dan optimis. Dia tidak mudah patah hati, tidak mudah berhenti berjuang atau menyerah kalah. Kepercayaan yang padu di dalam jiwanya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala kelak di dalam menanamkan semangat pengharapan kepadanya dan menjadikan pegangan baginya, bahawa setiap usaha dan perjuangan akan berhasil. Dia selalu berpegang kepada petunjuk Ilahi sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang yang kafir."

(Yusuf: 87)

Ciri Kelima

Orang yang beriman tidak menyesali keadaan yang ada pada dirinya. Dalam kehidupan ini, manusia silih berganti dengan kesenangan dan kesusahan, kekayaan dan kemiskinan, kemenangan dan kekalahan, berjaya atau gagal. Di waktu bertemu dengan kesusahan dan kemiskinan, kekalahan dan kekecewaan, janganlah mengeluh menyesali keadaan. Hendaklah sentiasa yakin dan faham bahawa setiap perbuatan dan hal itu daripada Allah s.w.t yang tentunya mempunyai hikmah dan kebaikan yang kita tidak tahu.

Berkata ulama sufi:

"Keputusan Allah telah putus dan hal telah terjadi. Oleh itu rehatkanlah hatimu dari perkataan andaikata dan kalau."

Firman Allah:

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu."

(Al Baqarah: 216)