Friday, October 31, 2008

Bermula di satu pengakhiran...


Entah kenapa,di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali.Ucapan tahniah dan hadiah yang melimpah,tdk dapat mengusir segala kesepian yang menjengah.Hati terpasung oleh kata2 yang pernah di ucapkan oleh saidina Ali”

“manusia semua tidur,apabila mati baru mereka terja”

Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati.merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih ada.Apakah aku masih tidur?Ah, tidur yang sangat panjang kalu begitu.Teringat pula kata imam Ghazali”

” Ada manusia yang sedang ketawa ria,sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan”

Ya, esok ulang tahun kelahiranku.Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah.Belum pun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar.Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku.Apakah sisa umurku masih panjang?atau hanya seketika lagi.Aku tak pasti.Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur,hakikatnya umurku semakin pendek.bukankah tarikh mati setiap insan sudah di tetapkan> Dan hari ini,esok dan lusa aku menapak lagi..semakin hampir pada tarikh kematianyang di janjikan.duhai tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi..selamat pulakah hari matiku?

’Siapalah aku’ Aku belum bersedia untuk bertemu dengan-MU ya ALLAH.Walaupun aku tahu,siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu.Ya Allah ..segala kekuatan hanya padaMU jua.KAU YANG MAHA TAHU apa yang terbaik untukku.Aku merayu pada-Mu ya ALLAH, pada tarikh ini.Untuk mengemis keampunan MU dengan tangan yang berdosa,dengan hati yang tercela.Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun,aku tidak akan datang Ya Allah.Rasa malu dan hina untuk meminta.Apakah aku diterima?

Ya Allah, di hari ini,kupinta dileraikan kusut fikirku.Mohon dijinakkan nafsu liarku.Tenangkanlah gejolak hati ini.Wahai Yang Maha Adil,kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMU.walau sering aku lupa,tetapi aku sentiasa mendamba.Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi.Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang.Jangankan mutmainnah,malah ammarah pula yang sering melanda.Kekadang aku sendiri bertanya , akukah ini?terasa diri bersalin dua,tiga dan..Ya Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu daya ini.

Tak mampu menangis.Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah.Bukan juga Umar al-Khattab,yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa.Pun bukan seumpama Rabiatul Adawiyah yang sentiasa berkata:

” Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi”

Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa..Hatiku keras amat.Kucuba menangis dengan rasa kesal.Tapi gagal.Mengapa aku tidak mahu menangis.Ya Allah,kerasnya hatiku ini.Mohon dilembutkan.Atau mohon aku diberi hati yang lain.Hati yang ada ini bagaikan sudah mati,Ya Allah.

Aku kembara telah jauh.Namun kolam hatiku kian keruh.Beban tambahberat,diriku kian penat.Urusan kian payah.Jiwa semakin gundah.Justeru mudah- mudahan di hari lahirku aku akan ’dilahirkan’ semula.Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingati-Mu yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap.Takut,kalau-kalau dimurkai.Harap, minta-minta diampuni.

Hidup menanti mati.. Buat sahabat, teman dan kenalan..terima kasih atas ingatan kalian.Pada yang jauh,maafkan aku kerana gagal mendekat.Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai.Akhirnya terimalah secebis kata ini (mungkin ini pun masih dari terowong jiwa kuyang gelap-gelita)

Pesanku dan jua untuk diriku:

”marilah kita hidup..

Seperti orang yang menanti mati

Kerana ingat mati itu

Akan mengecilkan segala derita

Akan mencairkan segala alpa

Kiranya inilah detik terakhir

Marilah kita mulakan semula

Walau yang masih tersisa

Hanya sedetik Cuma...

Itu lebih bermakna! ”

Permulaan yang baik?

Ah,kata pujangga,kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya.Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada sesuatu permulaan yang lebih baik.

” in life,what sometimes appears to be the end is really a new beginning...”

”mudah-mudahan ini permulaan yang baik...Amin Ya Rabb...”

Hasil nukilan: Pahrol Mohamad Juoi

Penulis :majalah Anis...

Thursday, October 23, 2008

wanita solehah



Friday, October 17, 2008

Adab pelajar bersama guru


Assalamualaikum ...
Beberapa hari lepas kita di kejutkan dengan kisah seorang guru di tendang oleh pelajar sendiri..Kisah ini betul- betul membuatkan ana rasa sedih dengan tindakan yang di perlakukan begitu.Seolah-olah pelajar tersebut yang boleh ana katakan di sini sebagai murid yang 'kurang ajar'..maaf jika bahasa ana agak keras mengatakan pelajar tersebut sedemikian rupa namun sinonimlah kita kaitkan pelajar itu apabila bersikap begitu.
Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza selagi ia tidak bertentangan dgn islam. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini.Oleh kerana kisah yang sedih berlaku pada seorang guru tersebut mendorong ana menerangkan beberapa adab yang perlu ada bagi seorang pelajar apabila bersama guru.

ADAB BERSAMA GURU...
1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.

2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.

3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.

4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.

5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.

6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.

7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.

8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.

9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.

10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.


p/s: Hormatilah guru kerana guru banyak berjasa pada kita semua untuk beroleh kejayaan dan menjadi seorang yang berguna...Ibarat tiada guru,tiadalah ilmu...

FADHILAT JUMAAT

Assalamualaikum wbt..selamat berkunjung ke blog nur_raudhah...salam jumaat untuk anda semua... :)

Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana kita dapat bertemu lagi di hari ini dengan limpahan nikmat kesihatan yang baik yang di kurniakan dari YANG MAHA ESA......semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah serta rahmat dari Allah swt pada hari ini iaitu penghulu segala hari dan hari-hari sterusnya..insyaAllah....

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rekaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan

di dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni ber salah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi ter lebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).


Dipetik dari mymetro.com



Thursday, October 9, 2008

salam kembali...


assalamualaikum...

9 oktober 2008 bersamaan 9 syawal 1429h,sudah 9 hari umat islam menyambut syawal...
kepada yang berpuasa sunat syawal sudah tentu semalam ramai yang sudah beraya...ana ucapkan selamat raya 6...kalo kat tempat ana nih,ana rasa raya 6 la yang paling meriah kut..

erm,lps jer syawal rasa rindu plk pd ramadhan...bulan yang penuh dengan keampunan dan kerahmatan....bulan al-quran n bulan sedekah... :) bulan yang penuh dengan kemuliaan....itulah nama2 yang sinonim dgn bulan ramadhan...

jika waktu bulan puasa penuh dgn aktiviti ramadhan sekarang penuh dgn aktiviti syawal plk...huhu..hari ni ada jamuan raya,besok n lusa pun ada jemputan gak...bak kata org kalo x cukup sebulan tak sah kut kalo xwat open house...huhu...

k la ana xde pape idea sebenarnya nak post kat blog hari ni..sambil2 siapkan tugasan2 nih,jenguk2 blog jap..jumpe lagi yer....

assalamualaikum....