Tuesday, April 29, 2008

Pertemuan yang sudah di duga

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA
SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik
Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk
jawatan
A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat
membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg
banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem
atau berbadan tegap atau eksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang
berkaliber untuk menjemput anda. Akan
menjemput
anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap
lagi).
Ia akan berlembut kepada rang-orang tertentu dan
akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi
nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad
Hanbal,
yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila
jenazah seseorang itu diletakkan di dalam
kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara
terompah kasut) orang2 yang menghantarnya ke
kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia
akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan
disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di
sebelah
kirinya dan amalan kebajikan daripada
sedekahjariah,
silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan
diletakkan
dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka
solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku
tidak
ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya :
dari
arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat
berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata
kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung
kakinya
dan berkatalah amal- kebajikan : di bahagianku
tidak
ada jalan masuk. Maka malaikat berkata
kepadanya :
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan
matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan
kamu
tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata
mayat
itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak
sembahyang. Maka berkata malaikat :
Sesungguhnya
engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat)
tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah
pandangan kamu tentang seorang laki-laki
Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu
ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi
bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh
Allah
yang membawa kebenaran daripada Allah
Subhanahu
Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah
kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan
dan
dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula
diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya
satu
pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat
kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu
akan
berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian
dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari
cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua
aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini
kepada
semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga
ini


No comments: