Friday, October 17, 2008

Adab pelajar bersama guru


Assalamualaikum ...
Beberapa hari lepas kita di kejutkan dengan kisah seorang guru di tendang oleh pelajar sendiri..Kisah ini betul- betul membuatkan ana rasa sedih dengan tindakan yang di perlakukan begitu.Seolah-olah pelajar tersebut yang boleh ana katakan di sini sebagai murid yang 'kurang ajar'..maaf jika bahasa ana agak keras mengatakan pelajar tersebut sedemikian rupa namun sinonimlah kita kaitkan pelajar itu apabila bersikap begitu.
Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza selagi ia tidak bertentangan dgn islam. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini.Oleh kerana kisah yang sedih berlaku pada seorang guru tersebut mendorong ana menerangkan beberapa adab yang perlu ada bagi seorang pelajar apabila bersama guru.

ADAB BERSAMA GURU...
1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.

2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.

3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.

4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.

5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.

6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.

7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.

8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.

9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.

10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.


p/s: Hormatilah guru kerana guru banyak berjasa pada kita semua untuk beroleh kejayaan dan menjadi seorang yang berguna...Ibarat tiada guru,tiadalah ilmu...

No comments: