Thursday, November 27, 2008

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

    Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorangabid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,
"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku
dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas
titian Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah
solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud
dengan tawadhuk,aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan
ikhlas.Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang
baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Hikmah di sebalik Musibah

Musibah mampu mengeluarkan nilai-nilai ubudiyah doa yang selama ini terpendam.Dikatakan:"Maha Suci Zat yang sudah mengeluarkan doa dengan musibah."Dalam athar ada disebut ertinya " Allah menurunkan ujian kepada seorg hamba yang soleh dari hamba-hambaNya.Dan kepada para malaikat Dia berkata :"Supaya Aku mendengar suaranya."

Faedah yang lain,dibinasakan kesombongan dan keangkuhan jiwa.Allah swt berfirman,ertinya:

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas(yang sepatut atau yang sewajibnya).Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya."
(Surah Al-'Alaq:6-7)

Musibah juga mengugah cinta kasih sesama manusia,semakin menyatukan rasa cinta kepada sesama manusia, dan saling mendoakan kepada yang sedang ditimpa.Sudah menjadi lumrah seseorang itu terpanggil untuk bertanggungjawab dan mencintai orang yang sedang ditimpa musibah dan mendapat ujian.

Musibah juga merupakan suatu penghapusan dosa yang akhirnya membawa kesedaran kepada seseorang hamba Allah tersebut dengan mendekatkan diri kepada Allah...Sesungguhnya ketahuilah bahawa Allah Maha Penyayang dan sesuatu ujian yang diberi kepada setiap hambaNya merupakan suatu hikmah yang besar yang hanya dapat dinilai oleh hambaNya yang beriman....Jika seseorang hamba Allah itu mengetahui bahawa sesuatu perkara yang berlaku merupakan ujian maka mereka akan menerimanya dengan tenang..insyaAllah...

"sesungguhnya org2 yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
(surah Az-Zumar:10)

Saturday, November 22, 2008

Mintalah Pada Allah...


Kebaikan Allah sangat dekat dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa.Kitalah yg sering leka.Sebenarnya,secara naluri,kita sangat memerlukan untuk selalu meminta dan berdoa kepadaNya,tidak boleh bosan dan tidak boleh jemu.Jangan sampai kita berkata:" Saya sudah berdoa ,tetapi Allah tidak mengabulkan." Tetapi kita mesti merapatkan wajah kita ke tanah,sambil berseru: ya Zal Jalali Wal ikram." Kemudian kita mulai menyebut nama2 Allah yang indah itu dan sifat2 Nya yang mulia,hingga Allah mengabulkan permintaan kita atau memilihkan yang terbaik bagi kita.
"Berdoalah kepada Tuhanmu dgn merendah diri dan suara yang lembut."
(Surah Al-A'raf:55)

Salah seorang pendakwah menyebut dalam berbagai-bagai tulisannya bahawa ada seorang Islam bersama keluarganya pergi ke satu negara untuk meminta suaka.Dia meminta supaya dia diberi kewarganegaraan.Ternyata semua pintu tertutup baginya.Dia berusaha dengan segala upayanya untuk mencari jalan,namun semua usahanya buntu dan semua jln tertutup.Kemudian dia bertemu seorg alim dan warak,dan diceritakanlah keadaan yang sedang dialaminya itu.Orang alim dan waraktadi berkata:" Anda perlu bangun pada sepertiga terakhir waktu malam.Kemudian berdoalah kepada Tuhan.Sebab yg memberi kemudahan itu hanyalah Allah."
Ini sesuai dengan hadis Baginda Rasul:" Jika engkau meminta maka mintalah kpd Allah,jika engkau minta bantuan maka mintalah bantuan kpd Allah.Ketahuilah bahawa jika semua manusia berkumpul untuk memberi manfaat kpd mu dgn sesuatu mrka tidak akan mampu memberi manfaat kpdamu dgn sesuatu kecuali yg sudah Allah tetapkan untukmu."

Kata org islam itu:" Benar.Saya tidak lagi pergi ke mana- mana meminta bantuan org lain slepas itu.Tiap- tiap malam,pada sepertiga terakhir,saya selalu sembahyang sebagaimana dianjurkan oleh org alim tadi.Pada pagi harinya,saya menyeru kpd Allah dan berdoa kepadaNYa.Beberapa hari berikutnya,saya buat surat permohonan biasa untuk meinta kewarganegaraan,dan tanpa menggunakan perantaraan siapapun saya kirimkan surat itu.Hanya dalam beberapa hari kemudian saya terperanjat sekali di rumah,kerana saya dipanggil untuk mendapat kewarganegaraan.Keadaan saya ketika itu betul2 terperanjat."

"INGATLAH ALLAH KELAK ALLAH PASTI MENGINGATIMU"

Sunday, November 16, 2008

Ciri-Ciri Isteri Solehah

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menja
ga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.




selamat pengantin baru buat sahabat

assalamualaikum...
16 november 2008 bersamaan 18 Zulkaedah 1429....

alhamdulillah ari ni ana start bercuti...walaupun bercuti banyak juga aktivitinya..:)
ana baru jer balik dari kenduri sahabat baik ana..alhamdulillah beliau sudah selamat diijabkabulkan..tahniah ana ucapkan buat sahabat ana semoga kekal bahagia dunia akhirat..insyaAllah...ameen...
esok aktiviti yang pertama ana mungkin tiada di rumah coz 'outstation' ..mungkin
2 atau 3 hari ana berada di sana dan pulang ke sini 20/21 hb...slps tuh ana akan mghadiri
kenduri shbt ana juga yang bakal dilgsungkan pada 22hb...buat kedua-dua sahabat ana ni ana ucapkan,

"selamat Pengantin Baru"
"jadilah isteri yang solehah buat suami yang soleh"
"semoga berbahagia dunia dan akhirat,insyaAllah..."
pupuklah ikatan suci ini dengan benih-benih keimanan"
bajailah ia dengan siraman taqwa"
"Suburkanlah ia dengan pepohon keislaman"
"taburilah ia dengan mawaddah wa rahmah"






Saturday, November 1, 2008

LAMBAIAN KAABAH

(لبيك اللّهم لبيك)

"Labbaik ya Allah labbaik, tidak ada sekutu bagi-Mu, labbaik, sesungguhnya seluruh pujian dan kenikmatan hanyalah untuk-Mu, begitu pula dengan kerajaan, tidak ada sekutu bagi-Mu" HR. Muslim.

Hari ini 1 November 2008 bersamaan 3 Zulkaedah 1429H...merupakan bulan untuk bakal2 haji memperlengkap diri melaksanakan ibadahnya di makatulmukarramah...Buat bakal-bakal haji ana ucapkan selamat menunaikan ibadah haji dengan penuh rasa kehambaan pada NYA dan semoga memperolehi haji yang mabrur...ameen...

Friday, October 31, 2008

Bermula di satu pengakhiran...


Entah kenapa,di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali.Ucapan tahniah dan hadiah yang melimpah,tdk dapat mengusir segala kesepian yang menjengah.Hati terpasung oleh kata2 yang pernah di ucapkan oleh saidina Ali”

“manusia semua tidur,apabila mati baru mereka terja”

Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati.merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih ada.Apakah aku masih tidur?Ah, tidur yang sangat panjang kalu begitu.Teringat pula kata imam Ghazali”

” Ada manusia yang sedang ketawa ria,sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan”

Ya, esok ulang tahun kelahiranku.Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah.Belum pun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar.Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku.Apakah sisa umurku masih panjang?atau hanya seketika lagi.Aku tak pasti.Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur,hakikatnya umurku semakin pendek.bukankah tarikh mati setiap insan sudah di tetapkan> Dan hari ini,esok dan lusa aku menapak lagi..semakin hampir pada tarikh kematianyang di janjikan.duhai tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi..selamat pulakah hari matiku?

’Siapalah aku’ Aku belum bersedia untuk bertemu dengan-MU ya ALLAH.Walaupun aku tahu,siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu.Ya Allah ..segala kekuatan hanya padaMU jua.KAU YANG MAHA TAHU apa yang terbaik untukku.Aku merayu pada-Mu ya ALLAH, pada tarikh ini.Untuk mengemis keampunan MU dengan tangan yang berdosa,dengan hati yang tercela.Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun,aku tidak akan datang Ya Allah.Rasa malu dan hina untuk meminta.Apakah aku diterima?

Ya Allah, di hari ini,kupinta dileraikan kusut fikirku.Mohon dijinakkan nafsu liarku.Tenangkanlah gejolak hati ini.Wahai Yang Maha Adil,kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMU.walau sering aku lupa,tetapi aku sentiasa mendamba.Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi.Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang.Jangankan mutmainnah,malah ammarah pula yang sering melanda.Kekadang aku sendiri bertanya , akukah ini?terasa diri bersalin dua,tiga dan..Ya Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu daya ini.

Tak mampu menangis.Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah.Bukan juga Umar al-Khattab,yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa.Pun bukan seumpama Rabiatul Adawiyah yang sentiasa berkata:

” Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi”

Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa..Hatiku keras amat.Kucuba menangis dengan rasa kesal.Tapi gagal.Mengapa aku tidak mahu menangis.Ya Allah,kerasnya hatiku ini.Mohon dilembutkan.Atau mohon aku diberi hati yang lain.Hati yang ada ini bagaikan sudah mati,Ya Allah.

Aku kembara telah jauh.Namun kolam hatiku kian keruh.Beban tambahberat,diriku kian penat.Urusan kian payah.Jiwa semakin gundah.Justeru mudah- mudahan di hari lahirku aku akan ’dilahirkan’ semula.Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingati-Mu yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap.Takut,kalau-kalau dimurkai.Harap, minta-minta diampuni.

Hidup menanti mati.. Buat sahabat, teman dan kenalan..terima kasih atas ingatan kalian.Pada yang jauh,maafkan aku kerana gagal mendekat.Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai.Akhirnya terimalah secebis kata ini (mungkin ini pun masih dari terowong jiwa kuyang gelap-gelita)

Pesanku dan jua untuk diriku:

”marilah kita hidup..

Seperti orang yang menanti mati

Kerana ingat mati itu

Akan mengecilkan segala derita

Akan mencairkan segala alpa

Kiranya inilah detik terakhir

Marilah kita mulakan semula

Walau yang masih tersisa

Hanya sedetik Cuma...

Itu lebih bermakna! ”

Permulaan yang baik?

Ah,kata pujangga,kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya.Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada sesuatu permulaan yang lebih baik.

” in life,what sometimes appears to be the end is really a new beginning...”

”mudah-mudahan ini permulaan yang baik...Amin Ya Rabb...”

Hasil nukilan: Pahrol Mohamad Juoi

Penulis :majalah Anis...

Thursday, October 23, 2008

wanita solehah



Friday, October 17, 2008

Adab pelajar bersama guru


Assalamualaikum ...
Beberapa hari lepas kita di kejutkan dengan kisah seorang guru di tendang oleh pelajar sendiri..Kisah ini betul- betul membuatkan ana rasa sedih dengan tindakan yang di perlakukan begitu.Seolah-olah pelajar tersebut yang boleh ana katakan di sini sebagai murid yang 'kurang ajar'..maaf jika bahasa ana agak keras mengatakan pelajar tersebut sedemikian rupa namun sinonimlah kita kaitkan pelajar itu apabila bersikap begitu.
Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza selagi ia tidak bertentangan dgn islam. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini.Oleh kerana kisah yang sedih berlaku pada seorang guru tersebut mendorong ana menerangkan beberapa adab yang perlu ada bagi seorang pelajar apabila bersama guru.

ADAB BERSAMA GURU...
1. Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru.

2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.

3. Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu.

4. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.

5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.

6. Hindari daripada menyinggung perasaan guru.

7. Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu.

8. Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru.

9. Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik.

10. Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.


p/s: Hormatilah guru kerana guru banyak berjasa pada kita semua untuk beroleh kejayaan dan menjadi seorang yang berguna...Ibarat tiada guru,tiadalah ilmu...

FADHILAT JUMAAT

Assalamualaikum wbt..selamat berkunjung ke blog nur_raudhah...salam jumaat untuk anda semua... :)

Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana kita dapat bertemu lagi di hari ini dengan limpahan nikmat kesihatan yang baik yang di kurniakan dari YANG MAHA ESA......semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah serta rahmat dari Allah swt pada hari ini iaitu penghulu segala hari dan hari-hari sterusnya..insyaAllah....

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rekaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan

di dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni ber salah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi ter lebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).


Dipetik dari mymetro.com



Thursday, October 9, 2008

salam kembali...


assalamualaikum...

9 oktober 2008 bersamaan 9 syawal 1429h,sudah 9 hari umat islam menyambut syawal...
kepada yang berpuasa sunat syawal sudah tentu semalam ramai yang sudah beraya...ana ucapkan selamat raya 6...kalo kat tempat ana nih,ana rasa raya 6 la yang paling meriah kut..

erm,lps jer syawal rasa rindu plk pd ramadhan...bulan yang penuh dengan keampunan dan kerahmatan....bulan al-quran n bulan sedekah... :) bulan yang penuh dengan kemuliaan....itulah nama2 yang sinonim dgn bulan ramadhan...

jika waktu bulan puasa penuh dgn aktiviti ramadhan sekarang penuh dgn aktiviti syawal plk...huhu..hari ni ada jamuan raya,besok n lusa pun ada jemputan gak...bak kata org kalo x cukup sebulan tak sah kut kalo xwat open house...huhu...

k la ana xde pape idea sebenarnya nak post kat blog hari ni..sambil2 siapkan tugasan2 nih,jenguk2 blog jap..jumpe lagi yer....

assalamualaikum....

Monday, September 29, 2008

Salam aidilfitri dari nur_raudhah buat semua...


Selamat Hari Raya Aidilfitri ana ucapkan kepada semua sahabat yang mengenali ana terutama di kelab apprentice blogger GB n warga TKO,akhi GB n sahabat2 ana yang lain yang mengunjungi blog ana ini...Dikesempatan pd bulan yang mulia ini,ana menyusun sepuluh jari ini memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang dilakukan di sepanjang persahabatan kita...maaf zahir dan batin...

ikhlas dari,
nur_raudhah

muhasabah Ramadhan

Apabila ramadhan menyusul pergi,
tangisan kedengaran dari malaikat,langit dan bumi,
bulan barakah tamat buat kali ini,
iblis dibebaskan kembali,
lalu bagaimanakah diri ini??
Apakah Ramadhan kita 'berisi'?
atau kurus melidi??

Ya Allah
sudah cukupkah diri ini dgn ibadah2,
sudah cukupkah diri ini dengan amal kebaikan,
sudah cukupkah diri ini dengan mengharapkan keampunan dari MU ya Allah...
sudah cukupkah diri ini dgn ketaqwaan dan kehambaan padaMU ya Allah,

Ya Allah,
sekiranya masih belum cukup maka pimpinlah aku yaAllah..
semoga amal ibadahku,amal kebaikan,harapan pengampunan atas dosa2 ku diterimaMU Ya Allah..
Semoga Ramadhan yang masih berbaki ini digarap dengan rasa ketaqwaan dan kehambaan padaMU Ya Allah...

Ya Allah sekiranya diri ini masih berada dalam lembah2 kedosaan dan kemaksiatan.
maka Kau ampunilah aku ya Allah...
Kau pimpinlah aku menjadi seorang yang baik disisiMU ya Allah...
aku hanyalah seorang hambaMU yang lemah yang masih mengharapkan hidayah dan petunjuk dari MU ya Allah....
maka Kau berikanlah padaku sepertimana Kau berikan pada hamba2 MU yang beriman...

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim...
Tuhan sekelian alam...
ya Rabbul Izzati...
Engkaulah yang MAHA BESAR tiada yang lain selainMU ya ALLAH...
cukuplah ENgkau bagiku YA ALLAH...

Ya Allah,
Aku mohon kepadaMU Ya Allah,
semoga aku diberi peluang menyambut ramadhan yang akan datang...
dan semoga amal ibadahku bertambah dan semoga imanku terpelihara,
Kau pimpinlah aku Ya Allah,
jadikanlah aku seorang yang beriman dan bertaqwa
dan sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan dari MU YA ALLAH...

ameen ya RABBAL alameen...


Saturday, September 27, 2008

salam Ramadhan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam...selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad SAW...

27 september 2008 bersamaan 27 Ramadhan 1429h...antara waktu yang di janjikan Allah dengan ganjaran yang berlipat ganda bagi hambaNYA yang terus beramal ibadah mempertingkatkan iman dan taqwa...syukur krn pada hari ini ana masih di beri kesihatan yang baik oleh Allah dalam melaksanakan ibadah yang di perintah oleh YANG MAHA ESA...Alhamdulillah...

"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

(Surah Al-Baqarah: 138)

maksud firman Allah di atas begitu jelas menggambarkan bahwa begitu baik sekali Allah menciptakan kita dgn corak dan peraturan islam yang begitu sempurna.Dan bersyukurlah pada NYA atas segala nikmat yang di berikan dgn melaksanakan perintahNYA dan meninggalkan larangannya...

Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa".

(Surah Yunus: 6)

masih ada 3 hari umat islam seluruhnya bakal menyambut aidilfitri,alangkah sedihnya ramadhan semakin menutup tirainya pada kali ini...bilakah ia akan hadir kembali atau masihkah sempat kita semua menyambut ramadhan seterusnya???...
semoga ibadah yang kita laksanakan di bulan ramadhan pada kali ini di terima oleh Allah dan semoga kita mendapat keampunan oleh ALLAH SWT..


Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ketika akan tiba Ramadhan : "Telah datang kepadamu bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan ke atasmu berpuasa di dalamnya, pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat ; juga terdapat pada bulan itu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ; Barangsiapa tidak memperolehi kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa." ( H.R. Ahmad, Al-Nasaai dan Al-Baihaqi )


Saturday, September 20, 2008

10 Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum wbt.. alhamdulilah segala pujian hanya bagi MU Ya Allah...selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda...

Hari ni genap 20 hari umat islam berpuasa,ramadhan semakin melabuhkan tirainya buat tahun ini..semoga ianya di akhiri dengan amal ibadah yang berlipat ganda dan lebih baik dari sebelum ini..insyaallah...

Masih ada 10 hari lagi kita untuk kita berjuang melawan hawa nafsu dan dalam hari2 yang masih berbaki ini lah kita sebagai hamba Allah bersama2 dengan melipatgandakan usaha untuk meraih ganjaran yang di janjikan Allah iaitu pada malam al-qadar...malam yang lebih baik dari seribu malam..Satu malam yang cukup istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran pahala yang begitu tinggi, menyamai ibadah beriktikaf selama 1000 bulan atau 83 tahun bagi orang yang beramal pada malam tersebut.SubhanaAllah betapa besarnya Kasih Sayang Allah pada semua hamba2 NYA...setelah di beri ujian maka Allah membalasnya dengan anugerah yang sudah pasti semua orang ingin memilikinya...

Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan umatnya supaya berusaha mencari peluang untuk beriktikaf di malam Lailatulqadar. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah malam Lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (Hadith riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu...



'Ya Allah semoga amalku jua di terima MU ya Allah dan semoga diri hambaMU yang dhaif ini dapat juga mendapat keberkatan dari setiap amal yang dilakukan..ameenn...

Friday, September 12, 2008

catatan Ramadhan

Alhamdulillah sudah 12 hari umat islam menjalani ibadah puasa,selama ini juga umat islam bertungkus lumus mempertingkatkan amal ibadah masing2...Bulan Ramadhan ialah bulan Al quran...bulan di mana quran juga di turunkan...
Alhamdulillah setiap pelosok rumah di bulan ramadhan terdengar kemerduan alunan bacaan alquran...itulah antara keseronokan tika menyambut bulan ramadhan...




Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas .a berkata:


"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari,

Para salafussoleh adalah antara umat Nabi s.a.w yang diiktiraf sebagai generasi terbaik. Terdiri daripada kalangan mereka para sahabat baginda s.a.w, para tabi’in dan tabi’ al-tabi’in. Mereka amat mengambil berat amalan membaca al-Quran pada bulan Ramadan dan sudah menjadi kelaziman bagi mereka mengkhatam al-Quran berkali-kali pada bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan di mana pintu Rahmat (kasih sayang) dan pintu keampunan Allah dibuka seluas-luasnya serta ganjaran pahala dilipat gandakan kepada hamba-Nya tanpa batasan.
Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon keampunan kepada-Nya kerana pahalanya akan digandakan jauh lebih tinggi berbanding bulan-bulan yang lain.

p/s:Sesamalah kita meng imarahkan bulan ramadhan dgn amalan2 sunat...insyaAllah semoga Allah menerima amalan kita semua...selamat bertadarus... :)

Saturday, September 6, 2008

Edisi Ramadhan2

Assalamualaikum...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat Baginda...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaan ILAHI kerana masih di beri keizinan Allah untuk bersama meyempurnakan rukun islam yang ke 3 iaitu berpuasa di bulan penuh barakah ini..semoga Allah panjangkan usia kita semua hingga ke akhir ramadhan dengan turut melipatgandakan ibadah-ibadah kita yang lain...ameen...

Sebagai Hamba Allah,kita perlulah sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan Allah pada kita semua.Bulan Ramadhan juga adalah salah satu cara untuk kita sentiasa bertaqarrub dan bulan muhasabah diri kita.Di bulan ini juga lah bulan untuk kita mempeertingkatkan amal kita kepada Allah swt...Oleh itu rebutlah peluang yang Allah berikan pada bulan ini selagi nyawa masih di jasad...peringatan buat diri ana juga..






Di antara kelebihan bulan Ramadhan ini ialah:

. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Sunday, August 31, 2008

Edisi Ramadhan


Ketahahan Jiwa Ibadat Puasa

BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

Menguatkan Jiwa


Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Mendidik Keinginan Ke Arah Kebaikan.


Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).”

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

Menyihatkan Badan

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.

Mengenal Nilai Kenikmatan Dan Bersyukur

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain


Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud : “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, August 30, 2008




Tuesday, August 19, 2008